Fakta-fakta Mengenai Berat Badan Orang Malaysia

by beratbadan88 on 06/09/2010

Berat Badan Orang di Malaysia

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sejumlah 60% rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan terlebih berat (overweight), obes ataupun terlampau berat (super obes). Separuh daripada jumlah ini, iaitu 30% orang Malaysia adalah obes ataupun terlampau gemuk. Ini bermakna hanya 40% penduduk Malaysia adalah berbadan kurus ataupun mempunyai berat badan yang normal.

  • 30% orang Malaysia mumpunyai berat badan yang terlebih berat (overweight).
  • 30% orang Malaysia adalah gemuk (obes) ataupun terlampau gemuk (super obes).
  • 40% orang Malaysia adalah kurus ataupun memperolehi berat badan yang normal.
  •   
    Mengikut skala antarabangsa dengan menggunakan ukuran “Indeks Umum Tubuh Badan (BMI)”, berat badan seseorang individu di Malaysia itu boleh digolongkan sebagai (1) normal, (2) belebihan, (3) mengalami obesiti, ataupun (4) terlampau. Ukuran BMI ini diperoleh daripada berat badan (kg) dan ketinggian (m) seseorang.

    (1) Berat badan normal = Ukuran BMI 18.5 kg/m – 24.9 kg/m
    (2) Berat badan terlebih berat (overweight) = Ukuran BMI 25 kg/m – 29.9 kg/m
    (3) Berat badan obes = Ukuran BMI lebih 30kg/m
    (4) Berat badan terlampau obes (super obese) = Ukuran BMI lebih 45 kg/m

    Sementara obesiti ditakrifkan sebagai lebihan pengumpulan lemak badan yang membahayakan kesihatan, terlebih berat (overweight) pula berlaku pada tahap yang lebih rendah dari obesiti. Kedua-dua ini berlaku apabila pengambilan makanan melebihi tenaga yang diperlukan oleh badan seseorang dari segi kegiatan fizikal dan metabolisme.

    Hari ini kegemukan badan merupakan antara masalah berat badan serius yang dialami oleh ramai orang di Malaysia. Masalah tersebut bukan saja menterjemahkan tabiat makan yang buruk seseorang yang tidak sihat, bahkan ia kerap diiringi dengan pelbagai penyakit kronik termasuk jantung, kencing manis dan darah tinggi.

    Dalam pada itu, masalah berat badan orang Malaysia juga menunjukkan ciri-ciri berikut:

  • Kadar obesiti didapati paling tinggi di golongan masyarakat Melayu dan India.
  • Sementara mengikut gender and perbandigan dibuat antara berat badan lelaki dan perempuan, kadar obesiti di kalangan lelaki adalah lebih tinggi berbanding wanita.
  • Orang bandar lebih banyak mengalami masalah berat badan, iaitu kegemukan badan, berbanding orang luar bandar.
  • Kadar kegemukan ini adalah tinggi berbanding negara jiran seperti Thailand, Singapore, China dan Korea Selatan.
  • Obesiti adalah satu punca utama kepada pelbagai penyakit bagi penduduk Malaysia. Laporan menyatakan bahawa kehilangan berat badan walaupun dalam kuantiti antara 5 – 10 kg dapat membantu melegakan banyak penyakit yang berkaitan dengan kegemukan.
  •   
    Kesimpulannya orang Malaysia mungkin menghadapi masalah berat badan yang besar jika mereka tidak mengambil langkah untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Langkah-langkah menguruskan badan seperti mengamalkan pemakanan seimbang (diet seimbang), mengehadkan makanan, melakukan banyak aktiviti fizikal, mengubah tingkah laku, rawatan menggunakan ubat menguruskan badan dan pembedahan adalah cara-cara untuk mengurangkan masalah ini.

    Maklumat lanjut yang terkini mengenai masalah berat badan orang di Malaysia boleh diperolehi daripada sumber berikut:

    1. Persatuan Kajian Kegemukan Malaysia (MASO)
    2. Persatuan Diabetes Malaysia (PDM)
    3. Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM), dan
    4. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Sila kunjungi http://www.beratbadanku.com/masalah-berat-badan-berlebihan-orang-malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masalah berat badan berlebihan orang Malaysia.

    Comments on this entry are closed.

    Next post:

    Hakcipta © 2010-2013 BeratBadanku.com - Semua Hak Terpelihara.