Masalah Berat Badan Berlebihan Orang Malaysia

Menurut laporan akhbar NST, Malaysia mempunyai golongan penduduk gemuk (iaitu orang yang mempunyai berat badan berlebihan) yang paling besar di rantau Asia.

Masalah Gemuk Malaysia

Walaupun gemuk dikaitkan dengan kesuburan wanita dan diiktiraf sebagai simbol kekayaan dalam setengah masyarakat di Malaysia, masalah berat badan berlebihan yang menjadi ancaman penyakit di setiap golongan masyarakat negara ini telah lama menjadi isu kesihatan yang semakin penting dibicarakan.

Setiausaha Perkhidmatan Kemanusiaan dan Kesihatan Amerika Syarikat, Encik Tommy Thompson berkata pada satu sidang akhbar, “Kita kena faham ini betul-betul. Berat badan yang berlebihan (obesiti) boleh membunuh!”

Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan di dalam badan seseorang. Satu kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati orang dewasa yang obes berhadapan dengan empat kali risiko diserang penyakit jantung koronari dan darah tinggi berbanding perokok yang mempunyai berat badan normal.

Namun begitu, apakah dia implikasi tentang pelbagai masalah umum yang berkaitan dengan berat badan berlebihan (kegemukan) di setiap kalangan orang malaysia hari ini?

(1) Risiko Menghidap Pelbagai Penyakit seperti darah tinggi (hipertensi), sakit jantung, diabetes Mellitus, kanser usus, kanser buah dada, sakit sendi, gout, masalah pernafasan, sakit pundi hempedu, sakit puan seperti kitaran haid yang tidak menentu, ketidak-suburan dan sebagainya.

(2) Risiko Mati Awal: Obesiti merupakan ‘pembunuh senyap’ (silent killer) bagi penghidapnya dimana jangka umur bagi seseorang yang gemuk menjadi semakin pendek oleh kerana berisiko tinggi dalam menghidapi pelbagai penyakit.

(3) Risiko Psikososial: Kajian menunjukkan orang yang obes akan mengalami masalah kurang keyakinan diri sebab mereka sentiasa menjadi bahan perbincangan awam antara kawan-kawan mereka. Penelitikan melaporkan pekerja yang terlalu gemuk kurang dapat timbangan kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana kegemukan (obesiti) sering dianggapkan sebagai tabiat malas.

(4) Masalah Mengehadkan Aktiviti Fizikal dan Sosial disebabkan seseorang itu memperolehi tubuh badan yang terlampau berat dan besar.

(5) Kecederaan Organ-organ Penting dalam Tubuh Badan. Iaitu pengumpulan lemak berlebihan dalam badan boleh mengehadkan gerakan fizikal organ-organ badan seseorang dan seterusnya akan mencederakan mereka atupun menimbunkan masalah kesihatan yang serius. Misalnya, keupayaan jantung untuk mengepam darah yang secukupnya untuk kegunaan badan seseorang itu akan dihadkan oleh kerana lemak berlebihan berpotensi dalam meningkatkan resiko gangguan jantung.

Secara amnya, selain melakukan pemeriksaan kesihatan, usaha bersenam, mengubah gaya hidup negative dan memilih diet seimbang adalah antara cara mengurangkan faktor risiko kesihatan yang berkaitan dengan masalah berat badan berlebihan bagi orang Malaysia.

Comments on this entry are closed.

Hakcipta © 2010-2013 BeratBadanku.com - Semua Hak Terpelihara.