Menggemukkan Badan

Cara Paling Berkesan Untuk Menggemukkan Badan Tanpa Meningkat Lemak Berlebihan Tubuh Anda

Jika anda ingin menggemukkan badan dan pada masa yang sama meningkatkan massa otot anda, perhatian penuh harus diberi kepada tabiat pemakanan (diet) anda dari segi jumlah pengambilan kalori dan keseimbangan nutrisi dalam suatu hari.

Menaikan Berat Badan

Sekiranya pengambilan kalori (dalam bentuk makanan) bagi tubuh anda adalah lebih rendah daripada kalori yang anda gunakan dalam fizikal aktiviti, berat badan anda akan turun. Apa yang akan terjadi dalam situasi seperti ini ialah bahawa:

(a) Tubuh anda akan membakar lemak simpanan dalam tubuh badan supaya defisit kalori berkenaan dapat diatasi.

(b) Ketika lemak simpanan tubuh anda sudah habis, ia akan menggunakan massa otot dalam tubuh badan anda untuk mengatasi defisit kalori tersebut.

Sebagai contoh:

  • Jika pengambilan kalori (dalam bentuk makanan) tubuh anda dalam sehari = 1,500 kalori
  • Dan jumlah kalori yang diperlukan oleh tubuh anda dalam sehari = 2,000 kalori
  • Jadi, defisit kalori bagi tubuh anda ialah (2,000 tolak 1,500) = 500 kalori
  •   
    Defisit kalori tersebut (500 kalori) akan ditemui melalui proses (a) atau (b) seperti yang ditunjukkan berikut:

    Defisit Kalori

    Akibat daripada proces (a) ialah bahawa tubuh badan anda akan menjadi langsing melalui pembakaran lemak berlebihan.

    Hasil daripada proses (b) ialah bahawa otot-otot tubuh anda akan menjadi semakin kecil dan hilang kepadatan (density). Pada akhirnya, badan anda akan menjadi lemah dan kesihatan terjejas akibat daripada otot-otot yang kurang padat dan kuat.

    Kesan Daripada Senaman Secara Konsisten Kepada Kenaikan Berat Badan Anda:

    Sebenarnya, langkah yang patut anda ikuti untuk menambahkan berat badan anda ialah dengan melalukan senaman secara konsisten serta mengambil kalori lebih dari jumlah yang anda gunakan dalam setiap hari. Secara umum,

    (1) Jika anda tidak melakukan senaman atau fizikal aktiviti yang cukup, kalori berlebihan yang anda ambil itu (dalam bentuk makanan) akan disimpan dalam tubuh anda sebagai lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan kegemukkan badan anda.

    Menaikan Berat Badan Tanpa Senaman

    (2) Jika anda melakukan senaman secara konsisten, apa yang boleh berlaku ialah aliran darah yang lebih akan debekalkan kepda otot-otot tubuh anda dan reaksi biokimia tertentu akan dilaksanakan untuk membina serta menguatkan otot-otot tubuh.

    Kesan Senaman Kepada Tambahan Berat Badan

    Misalnya, jika anda menggunakan sebahagian besar daripada kalori yang anda makan di bersenam bisep anda, maka bisep anda akan jadi lebih kuat dan padat. Ini akan meningkatkan berat badan anda tanpa meningkatkan lemak simpanan tubuh badan.

    Kepentingan Diet Seimbang Dalam Meningkatkan Berat Badan Anda:

    Usaha anda untuk menambahkan berat badan secara sihat tidak akan berjaya sekiranya anda tidak mengamal tabiat pemakanan (diet) yang seimbang.

    Sebagai contoh, pemakanan yang melibatkan gula-gula manis akan menghasilkan kalori dengan kadar yang lebih cepat daripada jumlah kalori yang tubuh anda mampu mengambil. Oleh yang demikian tubuh anda akan menghasilkan lemak tidak peduli apa senaman ataupun fizikal aktiviti anda lakukan.

    Untuk mendapat kenaikan berat badan yang ideal, kalori dari makanan anda harus dibebaskan pada tahap yang serata dengan tahap di mana mereka digunakan oleh tubuh badan anda. Oleh kerana itu, makanan harian anda harus merupakan diet seimbang yang tidak mengandungi kalori kelebihan.

    Kalori Pada Kadar Yang Betul

    Jika anda ingin tahu cara menambah berat badan melalui tambahan dalam massa otot (bukan menggemukkan badan melalui tambahan dalam lemak badan) tanpa melibatkan kos yang tinggi, hubungilah kami hari ini di Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut yang terkini.

    Comments on this entry are closed.

    Hakcipta © 2010-2013 BeratBadanku.com - Semua Hak Terpelihara.