Soalan Lazim

Soalan 01: Tiada wang untuk menguruskan badan?
Jawapan: Anda tidak perlu menghabiskan ribuan ringgit (RM) untuk kelihatan langsing dan berseri seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah, tetapi hanya dengan lebih kurang RM500 anda boleh mula menguruskan badan secara berkesan serta sihat bermula hari ini.

Tubuh Badan Langsing

Soalan 02: Tiada wang untuk menaikan berat badan (menggemukkan badan)?
Jawapan: Anda tidak perlu menghabiskan ribuan ringgit (RM) untuk menaikan berat badan, tetapi hanya dengan lebih kurang RM500 anda boleh mula meningkatkan berat badan secara berkesan dan sihat dengan serta merta.

Soalan 03: Nak tengok testimoni untuk mengurus badan?
Jawapan: Jikalau anda berminat untuk membaca testimoni bagi orang yang telah berjaya dalam menlangsingkan badan secara sihat dan berkesan, sila kunjungi laman web dibawah: http://www.beratbadanku.com/testimoni-kuruskan-badan-melalui-diet-seimbang

Soalan 04: Nak tengok testimoni untuk menggemukkan badan?
Jawapan: Jikalau anda berminat untuk membaca testimoni bagi orang yang telah berjaya dalam meningkatkan berat badan secara sihat dan berkesan, sila kunjungi laman web berikut – http://www.beratbadanku.com/testimoni-menggemukkan-badan-melalui-diet-seimbang

Soalan 05: Nak berkongsi testimoni anda dengan kami serta orang ramai?
Jawapan: Jikalau anda berminat untuk berkongsi testimoni anda sila email-kan gambar-gambar anda dan ceritakan pengalaman asli yang menyokong testimoni anda.

Gambar Paha dan Petis Seimbang

Soalan 06: Apa itu diet seimbang (pemakanan seimbang)?
Jawapan: Diet seimbang merupakan hidangan makanan yang mangandungi semua khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dengan tahap yang betul. Cara pemakanan yang seimbang adalah pemakanan yang terdiri daripada komposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, garam, gula dan serat pada kadar yang sesuai kepada keperluan tubuh seseorang individu.

Piramid Pemakanan Seimbang

Soalan 07: Apa itu diet yang tidak seimbang?
Jawapan: Diet yang tidak seimbang ialah ketika tubuh anda tidak mendapatkan jumlah nutrisi pada tahap yang betul dari pelbagai kumpulan makanan (iaitu karborhidrat, protein, lemak, vitamin, mineral, garam, gula dan serat) setiap hari. Selain itu, diet tidak seimbang sering mengandungi terlalu banyak karbohidrat yang diproses sehingga terlalu halus.

Soalan 08: Apakah kesan buruk pemakanan yang tidak seimbang kepada tubuh badan?
Jawapan: Pemakanan yang tidak seimbang dari segi khasiat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan mendorong kepada kegemukkan badan dan boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi, sakit jantung, gout dan sebagainya. Ini mengakibatkan tubuh badan tidak sihat dan boleh menyebabkan mati awal.

Soalan 09: Makan sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja?
Jawapan: Jika anda tidak memakan bahan makanan daging, susu atau telur, kami menggalakkan anda makan perlbagai sayur-sayuran dan buah-buahan sepanjang hari. Ini ialah kerana jika salah satu sayur atau buah rendah dalam asid amino (protein) dan enzim penting tertentu, sayur-sayuran dan buah-buahan lain akan menemui defisit tersebut.

Soalan 10: Apakah kandungan protein bagi sayur-sayuran yang disukai ramai oleh orang Malaysia?
Jawapan: Darjah berikut (Sumber: USDA Handbook No.456 – Nutritive Value of Foods in Common Units) menunjukkan kandungan protein (dalam peratus, %) bagi pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang biasa dimakan oleh pelbagai masyarakat di Malaysia:

Kandungan Protein Dalam Sayur-sayuran dan Buah-buahan.

Soalan 11: Apakah kesan daripada diet yang mengandungi daging serta makanan berkalori tinggi sahaja?
Jawapan: Pemakanan yang mengandungi daging eksklusif boleh mangakibatkan peningkatan yang cepat dan signifikan dalam tahap kolesterol darah. Makanan yang berkalori tinggi boleh mengalak pengumpulan lemah berlebihan dan mengakibatkan keggemukkan badan secara tidak sihat.

Soalan 12: Apa itu tisu lemak di dibawah lapisan kulit?
Jawapan: Merujuk kepada gambar di bawah, bahagian terbawah kulit kita merupakan lapisan lemak subkutan. Lapisan lemak ini juga merupakan penebat haba bagi tubuh badan kita. Lapisan lemak tersebut merupakan tempat simpanan lemak berlebihan bagi tubuh badan.

Lapisan Lemak Subkutan

Soalan 13: Apa yang mengalakkan pembentukan lemak tubuh (lipogenesis) di sekeliling organ-organ?
Jawapan: Jika hidangan makanan anda sentiasa mengandungi kalori yang tinggi dan berlebihan, badan anda akan menyimpan kalori berlebihan tersebut dalam bentuk tisu lemak dibawah lapisan kulit atau di sekeliling perlbagai organ badan anda.

Soalan 14: Apakah perbezaan di antara bentuk badan “Pir” dan “Epal”?
Jawapan: Bentuk tubuh seseorang boleh dibandingkan dengan “epal” atau “pir” bergantung pada lokasi lemak simpanann tubuh badan.

Tubuh Badan Bentuk Pear & Apple

Bagi seseorang yang berbentuk badan “pir” (pear), tubuh akan membawa lebih banyak lemak berlebihan (lemak subkutan) di sekitar pinggul, paha, dan pantat. Lemak subkutan ialah jenis lemak tubuh yang ditemui di bawah kulit. Secara umumnya, orang yang memiliki bentuk badan “pir” akan mempunyai tubuh yang nipis pada bahagian atas dan pinggul penuh.

Seseorang dengan tubuh berbentuk “epal” (apple) akan menyimpan lebih banyak lemak berlebihan di daerah perut. Ini bermakna orang tersebut akan mempunyai lebih banyak lemak (lemak viseral) di sekitar organ perut mereka. Orang yang berbentuk badan “epal” pada umumnya akan memiliki pinggul sempit, payudara yang lebih besar, dan pinggang besar.

Soalan 15: Mengapa orang yang kurus boleh menjadi gemuk pada bahagian dalam tubuh badan?
Jawapan: Menurut laporan, orang-orang yang menjaga berat badannya melalui diet sahaja dan tanpa senaman yang cukup cenderung mempunyai simpanan lemak dalaman (internal fat) yang tinggi, sungguhpun tubuh badan mereka itu kelihatan kurus.

Soalan 16: Apakah cara-cara bersenam yang betul bagi orang Malaysia yang ingin menurun atau miningkatkan berat badan?
Jawapan: Anda boleh melakukan senaman dengan cara yang betul seperti berikut:

  • Mulakan dengan gerakan yang lembut dan efektif tanpa mengangkat apa-apa beban.
  • Jangan memanaskan badan dengan menggunakan beban yang terlalu berat untuk menggelakkan kecederaan.
  • Pastikan postur tubuh sentiasa dalam posisi yang betul semasa bersenam.
  • Jangan bersenam keterlaluan dan hanya tambahkan kekerapan bersenam dalam masa seminggu.
  • Minum air secukupnya sebelum, sewaktu dan selepas melakukan senaman.
  • Jangan makan terlalu banyak atau sedikit; harus makan hidangan kabohidrat beberapa jam sebelum bersenam.

Soalan 17: Apakah perbezaan antara Halal dan Zabiha?
Jawapan: Sila kunjungi “Halal Malaysia” (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – Jakim), “Halal.com” dan “IFANCA.org” untuk maklumat terperinci mengenai makanan halal dan zabiha.

Logo-logo Halal

Soalan 18: Nak cari pihak berkuasa Halal bagi negara-nagara diseluruh dunia?
Jawapan: Sila kunjungi laman web yang berikut bagi maklumat tentang pihak berkuasa halal di antarabangsa.

Soalan 19: Apa implikasi “Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia” keatas sesuatu produk menguruskan badan?
Jawapan: Sila kunjungi laman web Kementerian Kesihatan Malaysia bagi maklumat lanjut mengenai kepentingan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa Malaysia bagi produk yang diguna untuk menurunkan berat badan.

Comments on this entry are closed.

Hakcipta © 2010-2013 BeratBadanku.com - Semua Hak Terpelihara.